Khamis, 1 September 2016

Khidmat Bantu ICT SK Toh Sajak

Pelaksanaan yang di lakukan 
  • Membuat montaj video untuk pertandingan surau peringkat kebangsaan
  • Membuat/mengemaskini blog surau At-Taqwa dengan lebih kemas.  

Rumusan kerja

  • pembahagian tugas di antara juruteknik terbahagi kepada 3 kumpulan
  • 1. video editing (Shima, yana, soffian & Wanie)
    2. Videographer (Syuhadat & Nizam)
    3.Blogger team (Hafiz & Azizi)
  • Permulaan bagi montaj video dilakukan dengan membuat tapak projek/ tapak persembahan diikuti dengan selingan gambar mahupun selingan tulisan(text)
  • Proses kedua selepas kumpulan videographer selesai tugasan mereka, kumpulan video editing akan membuat "video cutter" terlebih dahulu sebelum keperingkat seterusnya yang mana video yang telah di olah akan dimasukkan ke tapak Utama Montaj video tersebut.
  • Bagi kumpulan ke-3 (blogger) proses pertama adalah membuat head banner di dalam blog dimana proses utama di lakukan dengan "edit" gambar di dalam adobe photoshop sebelum dipindahkan ke dalam head banner berkenaan serta mengemaskini semua susunan asal blog terbabit termasuklah "background", warna, tulisan dan template sedia ada.
Proses ini akan bersambung pada Khidmat bantu seterusnya kerana kesuntukan masa dalam proses pembikinan montaj video ini.